Friday, 23 May 2014

7 JENIS LELAKI YANG ANDA PERLU ELAK JATUH CINTA


1. Sudah Berpunya 
Elakkanlah jatuh cinta dengan suami atau teman lelaki orang. Banyak lagi lelaki bujang/ single di luar sana. Nanti anda yang makan hati berulam jantung. Lagipun kan tak elok merosakkan kebahagiaan orang lain.
2. Playboy
Ini jenis lelaki yang tidak reti nak setia dengan  satu perempuan sahaja. Kalau anda masih pilih untuk mempunyai hubungan dengan lelaki seperti ini, anda perlu bersedia juga menghadapi risiko yang dia akan bermain kayu tiga bila-bila masa sahaja.
 3. Kaki Pukul
Alahai, jangan kerana cinta badan binasa ya ! Seorang lelaki yang baik tidak akan sesekali mengasari anda dan kalau sekali dia berani buat, percayalah perkara tersebut pasti berulang lagi.
4. Suka Rendahkan Perempuan
Lelaki seperti ini jenis lelaki yang punya ego tak bertempat. Mereka juga jenis yang tak tahu menghargai pasangan mereka dan sentiasa merasakan diri mereka sahaja yang betul.
5. Kaki Tipu
Kejujuran adalah nilai yang penting untuk sebuah hubungan yang sihat. Kalau dah kerap sangat dia “kantoi” menipu, anda juga akan hilang hormat dan kepercayaan terhadap dia.
6. Tak Serius/ Tak Suka Komitmen
Jangaan bazirkan masa anda dengan lelaki yang tidak serius dalam menjalinkan perhubungan dengan anda. Anda mesti mahukan hubungan anda dengan dia akan berakhir dengan sesuatu yang bermakna, misalnya perkahwinan,bukan menunggu sesuatu yang tidak pasti atau hubungan yang tiada hala tuju.
7. Homoseksual
Tidak ada yang lebih pathetic daripada ‘bermadu’ dengan seorang lelaki, kaum sejenis kekasih anda. Jadi elakkan diri anda dari jatuh cinta dengan lelaki seperti ini.

PESANAN BUAT SUAMI - SILA SHARE UTK SUAMI ANDA


1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

11 Hadiah Terbaik Dari Suami Untuk Isteri Tercinta


11 Hadiah Terbaik Dari Suami Untuk Isteri Tercinta

1. Hadiah Mendengar : Berikan hadiah ini kepada isteri anda dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan & jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas. Pandang mata isteri semasa dia sedang bersemangat dengan apa yg nak dikatakan. (eye contact)

2. Hadiah Tanda Kasih : Jangan kedekut untuk memberikan pelukan, ciuman & ramasan tangan. Selalu membelai dahi isteri berulang-ulang kali, mencium dahi dan kawasan muka isteri.. dan Biarkan tanda-tanda kecil ini menunjukkan rasa kasih dan sayang yang ada didalam diri anda..

3. Hadiahkan Sehelai Nota : I
a mungkin ringkas seperti “Saya Sayang Awak!.” , “saya nak awak selalu!” “Senyuman awak buat hati saya tenang.” atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah syair dan puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh insan yang dikasihi anda akan jumpa..

4. Hadiah Ketawa : Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, “Saya suka ketawa bersama awak.” “Saya suka cara awak ketawa” “Saya suka cara awk berjalan” dan lain2.

5. Hadiahkan Puji-Pujian : Sesuatu yang simple seperti “Warna biru memang ngam dengan awak la” atau “Sedapnya masakan awak” atau “Cantik baju ni sayang!” dan lain2..

6. Hadiah Bantuan : Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jemur/angkat baju, jaga anak, dan lain-lain kerja yang boleh mengurangkan keletihan isteri dengan kerja2 rumah dan tambah2 lagi isteri yang juga bekerja untuk membantu ekonomi keluarga.

7. Sekali-sekala buat kejutan untuk isteri anda. Seperti menghadiahkan dia sejambak bunga pada masa yang benar2 dia tak jangka.. Bercuti di tempat2 yang indah dan romantik..

8. Hadiah Bersendirian : Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

9. Hadiah Keceriaan : Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

10. Hadiah Riadah : Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Walaupun anda tidak minat dengan sukan/aktiviti itu, Kalah pun tak apa, sebenarnya kamu masih menang..

11. Hadiahkan Doa : Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

PERKARA SEKSI YANG DISUKAI SUAMI


PERKARA SEKSI YANG DISUKAI SUAMI

1. Isteri yang menyikat atau mengusap rambut sebelum hendak tidur.

2. Waktu isteri mengejutkan mereka pada waktu pagi.

3. Isteri yang baru sahaja selesai mandi.

4. Ketika rambut isteri mereka masih kelihatan basah.

5. Suara isteri mereka apabila terjaga tidur pada waktu tengah malam. Disebabkan perkara ini ada sesetengah suami menyatakan mereka suka mengejutkan isteri mereka pada waktu tengah malam hanya untuk mendengar suara manja isteri mereka.

6. Mengusap atau bermain dengan perut isteri mereka.

7. Isteri bijak yang memiliki ilmu pengetahuan yang luas.

8. Isteri yang suka memusingkan hujung rambut mereka menggunakan jari. (ia termasuk juga tabiat-tabiat pelik yang lain seperti menggigit kuku, menyanyi didalam bilik mandi, atau sebagainya yang boleh membuatkan suami merasakan anda soerang yang comel)

9. Isteri yang berkongsi minat dengan mereka walaupun sebenarnya isteri mereka tidak berminat mengenai sesuatu aktiviti itu. Hanya melibatkan diri untuk menemani suami mereka.

10. Potongan rambut isteri yang memenuhi citarasa mereka.

11. Cara isteri mereka yang tersendiri untuk menghadapi sesuatu situasi.

12. Bau badan semulajadi isteri mereka.

13. Layanan istimewa yang isteri mereka berikan.

Perkara seksi yang disukai suami bukan sahaja mengenai cara pemakaian yang seksi, barangan alat solek dan sebagainya, tetapi ia mempunyai faktor lain yang mampu untuk menarik perhatian mereka. Mungkin ada sesetengah wanita yang masih tidak sedar mengenai perkara ini.

Lakukan Perkara Romantik dengan Isteri Anda.


Lakukan Perkara Romantik dengan Isteri Anda.
*********************************
1. Melihat matahari terbenam bersama-sama.

2. Berbisik antara satu sama lain.

3. Memasak untuk satu sama lain.

4. Berjalan dalam hujan.

5. Berpegangan tangan.

6. Membeli hadiah untuk satu sama lain.

7. Memberi bunga ros.

8. Ketahui Cologne / minyak wangi kegemaran mereka dan memakainya setiap kali anda bersama-sama.

9. Pergi berjalan-jalan ke pantai.

10. Menulis puisi antara satu sama lain.

11. Berpelukkan ialah ubat terbaik.

12. Katakanlah hanya apabila anda maksudkan ia dan pastikan mereka tahu anda maksudkannya.

13. Beri hadiah bunga / gula-gula / puisi dan lain-lain.

14. Memberitahunya bahawa dia adalah satu-satunya gadis yang anda pernah mahu. Jangan bohong!

15. Menghabiskan setiap saat bersama.

16. Melihat ke dalam mata masing-masing.

17. Perlahan menaikkan dagunya, melihat ke dalam matanya, katakan anda cintakannya, dan menciumnya ringan.

18. Apabila di khalayak ramai, hanya bermain-main dengan satu sama lain.

19. Letakkan nota cinta dalam poket mereka apabila mereka tidak melihat.

20. Membelikannya cincin.

21. Bernyanyi antara satu sama lain.

22. Sentiasa merangkulnya di bahagian pinggul/ sisinya.

23. Membawanya ke makan malam dan melakukan makan malam berdua sahaja.

24. Pegang tangannya, renung ke dalam matanya, cium tangannya dan kemudian letakkannya ke atas jantung anda.

25. Menari bersama-sama.

26. Melakukan perkara-perkara comel seperti menulis saya menyayangi anda dalam nota.

27. Membuat alasan untuk memanggil mereka setiap 5 minit

28. Walaupun anda benar-benar sibuk melakukan sesuatu, keluar sekejap untuk menelefonnya dan mengatakan I love you.

29. Sekiranya bekerja luar, hubunginya dari tempat anda untuk memberitahunya anda sedang berfikir tentangnya.

30. Ingat impian anda dan beritahunya tentang itu.

31. Memberitahu satu sama lain rahsia/kebimbangan anda.

32. Menjadi Prince Charming untuk ibu bapanya.

33. Sikat & ikat rambutnya untuknya.

34. Melepak dengan rakan-rakannya.

35. Mandi bersama-sama

36. Solat bersama-sama.

37. Membawanya melihat filem romantis dan ingat bahagian dia suka.

38. Belajar daripada satu sama lain dan tidak membuat kesilapan yang sama dua kali.

39. Menggambarkan kegembiraan yang anda rasa hanya bersama dengan dia.

40. Berkorban untuk satu sama lain.

41. Cinta diri anda sebelum anda suka orang lain.

42. Belajar untuk mengatakan perkara-perkara yang manis dalam bahasa asing.

43. Mendedikasikan lagu kepada mereka di radio.

44. Mempertahankan untuk mereka apabila seseorang bercakap bukan-bukan tentangnya.

Isteri Risau Darah Keluar Seperti Darah Haid Semasa "Bersama"


Saya melahirkan anak secara normal pada 30 Januari lalu. Doktor memasukkan implanon pada 4 Februari sebelum dibenarkan keluar hospital sebagai cara pencegahan kehamilan kerana saya mengalami masalah ‘mitral regurgitation’.Haid pertama saya datang setelah bersalin pada 10 April dan tamat pada 14 April. Darah haid saya hanya sedikit.

Masalahnya, ada darah keluar selepas saya bersama suami dan darah berkenaan seolah-olah darah haid. Suami saya menggunakan kondom untuk perlindungan semasa bersama. Saya pula was-was sama ada boleh bersolat atau sebaliknya.

Apakah pandangan doktor? Adakah saya perlu mengeluarkan implan terbabit?


Rohaya,

Kuala Lumpur


Sudahkah anda menjalani ujian Pap smear? Sudahkah anda menjalani pemeriksaan doktor apabila mengalami masalah ini? Kaedah implan boleh memberikan masalah haid, saya pasti doktor anda sudah memaklumkannya terlebih dulu.

Lazimnya ia menyebabkan haid menjadi sedikit saja atau tiada langsung, tetapi ia juga boleh memberikan perubahan seperti yang anda alami. Bagaimanapun, memandangkan masalah haid terbabit juga boleh disebabkan oleh penyakit lain seperti penyakit serviks, eloklah ia diperiksa terlebih dulu.

Implan adalah antara kaedah pencegah kehamilan yang sangat berkesan. Saya musykil mengapa suami anda masih perlu menggunakan kondom.

10 PESANAN BUAT SUAMI


PESANAN BUAT SUAMI

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?